Tuesday 5 December 2017

10 GAMBAR TEKNOLOGI INOVASI DALAM PENDIDIKAN



1. NAPKIN PC


Napkin pc ialah salah sebuah alatan teknologi yang di ambil ideanya daripada sehelai kain sapu tangan. Napkin pc ini mempunyai satu pen khas yang tersendiri. Satu pen hanya mampu untuk digunakan oleh satu napkin pc sahaja. Hal ini secara tidak langsung akan menjamin keselamatan kepada pengguna. Antara kelebihan napkin pc ini kepada pengguna ialah, mampu untuk menggantikan mesin pencetak. Hal ini dapat menjimatkan lagi penggunaan kertas. Napkin pc ini jugak boleh digulung dan dilipat. Ianya dapat memudahkan lagi pengguna untuk memyimpan dan membawanya. Napkin pc ini juga sesuai digunakan ketika mengadakan mesyuarat, perbincangan, membuat jalan kerja dan sebagainya. Bagi skop pendidikan pula, napkin pc ini mampu untuk menggantikan buku latihan. Dengan adanya napkin pc ini, pelajar tidak perlu untuk membawa buku-buku latihan yang banyak kerana napkin pc ini lebih ringan dan mudah dibawa. Selain itu, pelajar juga boleh tulis segala idea yang terlintas sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam napkin pc dan hanya pelajar tersebut sahaja boleh melihat semula idea-idea yang di tuliskan. 

2. HOLOGRAM


Hologram adalah sebuah teknologi grafik yang dibuat dengan menggunakan sinar laser dan mampu membuat gambar tiga dimensi (3D). Hologram ini juga, mampu untuk mengirimkan dan menghadirkan sesuatu benda atau manusia tanpa perlu didatangkan secara langsung. Ianya juga mampu untuk membantu seseorang yang mempunyai masalah untuk menghadirkan diri di sesuatu majlis, atau tempat. Dalam skop pendidikan pula, hologram ini berpotensi untuk memberikan pendidikan secara ‘home school’ kerana pelajar hanya berada di rumah tetapi dalam melihat gurunya sedang mengajar secara langsung dan jelas. Pelajar juga boleh berinteraksi dengan guru tersebut secara bersemuka seolah-olah guru itu berada di hadapan mata. Ibu bapa juga boleh menjimatkan kos pengangkutan untuk menghantar anak ke sekolah. Seperti yang kita tahu, terdapat ibu bapa yang sanggup memandu untuk perjalanan yang jauh semata-mata untuk menghantar anak mereka ke sekolah yang lebih berprestej, mempunyai kemudahan yang lengkap dan mempunyai guru-guru yang cemerlang

3. SMARTPHONE FOR ATHELETS 



Smartphone ini merupakan salah sebuah smartphone yang mampu untuk melekat di baju, seluar mahupun dinding. Konsep “phone on the clip” merupakan konsep utama penghasilan telefon pintar ini. Telefon pintar ini, terdapat klip di belakangnya yang mampu untuk melekat pada poket, baju, koler dan seluar. Ianya juga dihasilkan untuk kemudahan orang yang bersukan. Hal ini kerana, ianya boleh diletakkan di mana-mana kawasan di badan kita. Ia juga mampu untuk bertahan dengan kuat di badan kita. Ini secara tidak langsung membantu para atelit menggunakannya ketika bermain bola sepak, berlari, berjogging dan sebagainya. Dalam bidang pendidikan pula, telefon pintar ini berpotensi membantu para atelit untuk mendapatkan informasi kecemasan walaupun sedang berjogging atau membuat latihan.


4.   INCREDIBLE COMPUTER DESK 


Incredible computer desk ini berbentuk melengkung dan ianya boleh di sentuh di setiap bahagian meja tersebut. Meja ini juga mempunyai projektornya tersendiri. Meja ini sesuai digunakan oleh pelajar jurusan seni bina mahupun jurusan grafik. Dalam bidang pendidikan, meja ini mampu digunakan oleh pelajar untuk menyiapkan tugasan dan mengeluarkan idea mereka dan kemudian hanya perlu membentangkan hasil kerja mereka kepada guru atau pensyarah walaupun berada di tempat duduk sendiri. Pelajar tidak perlu lagi untuk bangun dan menggunakan perisian yang lain untuk membentangkan hasil kerja. Dengan adanya meja ini juga, pelajar boleh membetulkan kesalahan yang ditegur secara langsung.



5.SMART KITCHEN 


Smart kitchen ini merupakan sebuah meja yang mempunyai pelbagai fungsi terutamanya untuk kegunaan memasak. Terdapat sebuah peti ais, microwave, sinki, dan dapur. Peti ais yang terdapat pada smart kitchen ini mampu untuk menyimpan barang selama tiga hari sahaja. Microwave yang terdapat pada smart kitchen ini pula mempunyai kod imbasannya yang tersendiri dan pengguna hanya perlu memilih mod yang bersesuaian untuk digunakan. Smart kitchen ini boleh digunakan oleh empat orang di dalam satu masa. Dan keunikkan smart kitchen ini juga ialah, ianya mempunyai sinki yang kecik di bahagian tepi meja yang mana memudahkan lagi pengguna. Di dalam skop pendidikan pula, smart kitchen ini mampu untuk membantu dan memberi kemudahan kepada pelajar yang mengambil jurusan kulrinari terutamnya. Dengan teknologi empat di dalam satu ini, pelajar akan lebih aktif dan seronok untuk belajar.

6.  AVES INKJET PRINTER


Aves inkjet printer ini merupakan sebuah mesin pencetak yang boleh dikecilkan saiznya dan ringan. Mesin pencetak ini boleh mencetak pelbagai jenis sumber dan kebiasaanya penulis novel akan menggunakan mesin pencetak ini bagi memudahkannya mencetak hasil karya mereka. Selain kecil dan ringan, mesin pencetak ini juga mampu mencetak sesuatu bahan dengan begitu pantas dan kemas. Cara penggunaan mesin pencetak ini ialah, kita hanya perlu menekan butang untuk menghidupkan kemudian mesin ini akan bergerak naik dengan sendiri dan apabila selesai menggunakannya kita hanya perlu menekan butang seperti semasa menghidupkan tadi dan mesin pencetak ini akan kembali bergerak turun. Dalam bidang pendidikan, mesin pencetak ini sesuai untuk digunakan oleh guru mahupun pelajar. Dengan kelebihannya yang mudah di bawa ke mana-mana, mesin ini juga mampu untuk menjimatkan kos untuk mencetak di luar.


7.  VIRTUAL GOGGLES 

Virtual goggles ini merupakan sebuah kaca mata yang mampu untuk melihat sesuatu objek seolah-olah ianya nyata. Kaca mata ini sesuai digunakan oleh orang yang gemar untuk bermain permainan video atau istilah lain “gamer”. Virtual goggles ini juga sesuai digunakan di dalam sistem pendidikan kerana, kita boleh memberi gambaran kepada pelajar dengan lebih jelas berkaitan sesuatu objek yang dipelajari. Hal ini dapat meningkatkan imaginasi dan pengetahuan pelajar. Selain di dalam kelas, kaca mata ini sesuai juga digunakan oleh pelajar ketika bersukan di padang. Misalnya, guru ingin menerangkan teknik untuk bermain bola sepak. Guru hanya memberikan kaca mata ini kepada pelajar dan pelajar akan melihat secara 3D keadaan padang dan kedudukan pihak lawan serta teknik yang perlu digunakan untuk kita bermain mengalahkan pihak lawan tersebut. Pelajar akan lebih produktif dan bersemangat untuk belajar.



8. CICRET BRACELET 

Cicret bracelet ini merupakan satu gelang yang kecil dan mempunyai pelbagai warna yang mampu untuk memancarkan cahaya yang berupaya untuk menjadi telefon pintar. Hanya dengan menggunakan laser ianya mampu mengeluarkan maklumat sama seperti telefon pintar biasa. Gelang ini boleh digunakan oleh semua jenis warna kulit tangan tidak kira sama ada cerah mahupun gelap. Di dalam skop pendidikan, gelang ini sangan berguna kepada para pelajar yang mengambil jurusan sukan. Kerana gelang ini mudah di bawa dan tidak menggangu pelajar semasa bersukan. Sekiranya terdapat maklumat yang ingin digunakan semasa di padang, pelajar hanya tekan pada butang hidupkan dan pelajar boleh mencari maklumat seperti biasa. Gelang ini juga sesuai untuk mereka yang sukakan gaya yang ringkas dan bergaya.


9.   I WATCH 
I watch merupakan sebuah jam yang mampu untuk digulungkan di tangan pengguna. I watch ini diciptakan dalam keadaan yang sangat nipis untuk memberi keselesaan kepada pengguna. Kelebihan I watch ini selain berfungsi sebagai jam ialah, ianya juga merupakan sebuah telefon pintar di mana kita boleh menggunakannya untuk membuat panggil, mengambil gambar, dan sebagainya. I watch ini jugak diciptakan dengan keadaan yang sangat fleksible untuk memberi kemudahan untuk pengguna menggayakannya. Dalam skop pendidikan, jam ini berpotensi untuk memberi kemudahan kepada pelajar jurusan sukan. Selain boleh digulungkan di tangan, ianya juga boleh di gunakan untuk mencari maklumat.


10. CAR ERINGO 
Car eringo merupakan sebuah kenderaan yang berbentuk bulat dan mempunyai dua stereng. Kereta ini dihasilkan melalui konsep ‘bike with a roof’. Di mana konsep ini jika digulingkan ianya akan bergerak dengan pantas dan terlindung. Kenderaan ini mempunyai tiga tayar yang sangat kuat dan mempunyai ‘gyroscope’ yang berpotensi untuk menstabilkan kereta ketika ianya bergerak. Semasa stereng pertama di hidupkan, stereng kedua automatik akan terhenti kerana ketika dihidupkan, stereng kedua berfungsi hanya untuk mengawal kenderaan ketika membelok. Di dalam pendidikan, kenderaan ini berupaya membantu pelajar untuk menjimatkan tenaga dan masa. Sebagai contoh, terdapat pelajar yang perlu berlari-lari untuk mengejar bas setiap pagi ke kelas dan hakikatnya akan lewat untuk ke kelas. Oleh itu, kenderaan ini boleh membantu mempercepatkan proses untuk menghadiri kelas.


No comments:

Post a Comment